Apa itu puasa..??? Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.
Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh.
Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri.
Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
oleh itu mari la kite menunaikan ibadah puasa beramai-ramai...jangan tak puasa plak....selain tu kite harusla menunaikan solat terawih untuk melengkapkan ibadah puasa kite...hehehe harap2 ak boleh wat terawih penuh tahun ni...
apa-apa pun ak nak ucapkan kepada semua umat islam selamat berpuasa....:)



No comments:
Post a Comment